Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kucing Jalanan Dari Malaysia Dinobat Juara Dalam Pertunjukan Kucing Antarabangsa

Malaysia turut menghantar lapan ekor kucing lain, termasuk empat kucing baka British Shorthair, tiga kucing jalanan, dan seekor kucing Bengal.

Cover image via @kkm5997 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seekor kucing jalanan bernama Baby milik pasangan suami isteri, Shaharudin Shuib dan Rooaida Mohd Darus berjaya mencuri perhatian dunia apabila dinobatkan sebagai juara dalam Pertunjukan Kucing Antarabangsa yang diadakan di Oslo, Norway, Ahad lalu

Menerusi laporan Berita Harian, kucing betina berusia sembilan tahun itu yang mewakili Malaysia berjaya memikat hati juri dengan kejinakan, ketenangan, dan sifat manja yang ditonjolkannya sepanjang penilaian.

Malah, Baby berjaya mengalahkan ribuan pesaing lain dari seluruh dunia untuk meraih gelaran juara dalam pertunjukan anjuran Persekutuan Kucing Antarabangsa (Fife).

Image via The Official Site of Kelab Kucing Malaysia (KKM) (Facebook)

Kutip dari jalanan dan dipelihara sehingga kini

Menurut Rooaida, Baby hanyalah kucing baka biasa yang diambil dari jalanan dan dipeliharannya sehingga kini.

"Baby telah diberi pendedahan dan latihan sejak awal untuk berinteraksi di khalayak ramai, termasuk menyertai pelbagai pertunjukkan kucing tempatan.

"Saya dan suami kerap membawa Baby menyertai pertunjukkan dalam negara supaya dia lebih terbiasa dengan persekitaran ramai. Ini membantu memupuk sifat manja dan jinak dalam diri Baby," katanya.

Difahamkan, ini adalah penyertaan kali kedua dan ternyata berbaloi apabila juri tertarik dengan keunikan Baby dan aspek-aspek lain yang memenuhi piawaian permarkahan.

"Ini adalah penghargaan terbaik diterimanya kerana Baby perlu bersaing dengan 1,500 ekor kucing lain yang turut menyertai pertunjukan itu.

"Bulu Baby yang cantik serta dandanan rapi disempurnakan sendiri Shaharudin turut menjadi faktor penarik kepada para juri dan penonton," katanya.

Tambahnya, meskipun hanya kucing jalanan tanpa baka istimewa, perwatakan unik Baby memenuhi kriteria pemarkahan yang ketat.

Apa yang lebih menarik, Baby turut bersaing dalam pusingan akhir pertandingan bagi merebut gelaran juara mutlak dengan seekor lagi kucing jantan bernama Miko, yang juga dimiliki pasangan itu.

Selain Baby, Malaysia turut menghantar lapan ekor kucing lain, termasuk empat kucing baka British Shorthair, tiga kucing jalanan, dan seekor kucing Bengal.

Turut mengiringi delegasi Malaysia dalam pertunjukan itu Timbalan Presiden Kelab Kucing Malaysia (KKM), Habil Hussain, dan Setiausaha Agongnya, Muhammad Hasbullah Ibrahim.

Muhammad Hasbullah menjelaskan, kucing-kucing berdaftar di bawah KKM yang menyertai siri pertunjukkan Fife di peringkat tempatan berpeluang melayakkan diri untuk bertanding di peringkat global.

Beliau menambah, acara tahunan berprestij ini bertujuan menggalakkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk menyayangi haiwan peliharaan dan memeliharanya dengan lebih baik.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment