[VIDEO] Botol Air Bersusun 'Cop Parking', Ramai Persoal Mentaliti Penduduk Di Flat Ini
Berderet semua letak botol.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bukan semua orang mempunyai mentaliti yang bagus dan boleh bertolak ansur dengan orang lain
Kadang kala kita pasti pernah terjumpa dengan sesetengah orang yang 'pentingkan' diri demi untuk keselesaan sendiri.
Apatah lagi jika mereka menggunakan kemudahan awam untuk diri sendiri, pastinya ini mendatangkan marah ramai. Lagi-lagi jika hidup berjiran, betul tak?
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang wanita berkongsi perangai penduduk di sebuah flat yang bertindak 'mengecop' kawasan parkir.
Minta pihak berkuasa ambil tindakan terhadap individu cop parkir
Menerusi video perkongsian di TikTok, seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap segelintir penduduk di Flat Taman Bukit Mewah, Johor Bahru.
Hal ini kerana ada yang sesuka hati telah 'mengecop' parkir dengan meletakkan beberapa botol air di dalam petak parkir.
Tindakan berkenaan sekali gus telah mengundang rasa ketidakpuashatian pihak lain yang menganggap ia sebagai sikap tidak bertanggungjawab.
Malah, wanita tersebut turut menggesa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) untuk mengambil tindakan bagi mengatasi masalah berkenaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!