seismik

"No More Hujan" - Ibu Siap Pakai Helmet Nak Berjalan, Anak Buat Kejutan Beli Kereta Baru

Alhamdulillah, seronok tengok.

Cover image via @casperketu (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai seorang anak, ibu bapa adalah insan yang paling bermakna dalam hidup kita selain daripada anak-anak

Tanpa didikan dan pengorbanan ibu dan ayah, tidaklah kita berjaya seperti hari ini. Siapa sahaja di dalam dunia ini yang tidak mahu menggembirakan mereka bukan?

Walaupun pengorbanan mereka tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, tetapi pelbagai cara sebenarnya yang kita boleh buat mereka gembira walaupun ia sederhana.

Seperti video di TikTok ini selepas seorang pemuda berkongsi kejutan membeli kereta baru selepas sekian lama menaiki motosikal.

Beli kereta baru supaya ibu selesa dan tidak lagi kena hujan

Menerusi video tersebut, kelihatan akaun @casperketu berkongsi momen manis selepas dia membuat kejutan buat ibunya.

Difahamkan, sebelum ini dia hanya memiliki motosikal dan itu menjadi kenderaan utama buat dia dan ibunya jika keluar berjalan.

Semakin rezeki bertambah, dia kini mampu membeli sebuah kereta. Dapat dilihat di dalam video itu si ibu telah bersiap sedia memakai topi keledar untuk keluar bersama anaknya itu.

Namun, ibunya kelihatan terkejut dan gembira selepas melihat kereta tersebut dan memberikan tanda 'good' semasa menaiki kereta Poroton S70 tersebut.

Lihat video itu di bawah:

@casperketu Sebelum ni dia cuma mampu tengok lepasni hari hari dia naik #mom Moments (Acoustic Version) - Lost Identities & Robbie Rosen

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: