"Kuwek-Kuwek Gigit" - Budak Kecil Jenuh Cerita Kena Gigit, Ibu Pula Keliru Ingatkan Itik
Rupa-rupanya bukan itik, tapi tikus!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, pasti dapat melihat dengan jelas perkembangan tumbesaran mereka
Setiap budak kecil memang akan melalui fasa belajar bertutur. Pada awalnya, budak kecil masih tidak fasih bercakap sehingga kadangkala mereka akan mengeluarkan perkataan yang hanya difahami mereka dan seisi keluarga saja.
Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang budak perempuan jenuh bercerita tentang dia digigit kepada ibunya itu telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Digigit 'kuwek-kuwek', rupa-rupanya tikus bukan itik
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak perempuan sedang menangis dan ketakutan di halaman rumah kampungnya.
Budak perempuan itu menceritakan kepada ibunya yang dia digigit 'kuwek-kuwek' sambil menangis. Ibunya lalu meneka apakah jenis haiwan yang menggigitnya itu.
Setelah beberapa cubaan kemudian, rupa-rupanya seisi rumah mendapati si cilik itu digigit dengan tikus dan bukan itik.
"Kenangan di kampung, ingatkan itik, rupanya tikus."
"Bila budak bandar balik kampung, rat disangkakan hamster", kata ibunya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Squek squek gigit kot. Squek tu bunyi mouse in english" - Netizen
Susulan tularnya video yang kini meraih sehingga 988K tontonan, 44K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan budak itu.
Pun begitu, ada juga yang risau dengan keadaan adik itu setelah digigit tikus. Mujur, ibunya telah membawa si cilik itu ke klinik.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @rihanazkhir (TikTok)
Image via @rihanazkhir (TikTok)
Image via @rihanazkhir (TikTok)
Image via @rihanazkhir (TikTok)
Kesian adik ni cakap banyak kali tapi takda orang faham 'kuwek kuwek' tu apa :')
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment