seismik

"Dengar Sampai Habis" - Budak Cerita Main Pundi Kencing Di Sekolah, Rupa-Rupanya...

Dia punya confident!

Cover image via @ms_nia0203 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Rata-rata budak di Malaysia memang banyak mengenali permainan tradisional yang unik

Bukan setakat permainan teng-teng, banyak lagi permainan seperti congkak, batu seremban dan lain-lain yang boleh dijadikan hiburan bersama rakan-rakan. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang budak lelaki syok bercerita kepada mak ciknya yang dia bermain 'pundi kencing' bersama rakan dan gurunya di sekolah itu telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@ms_nia0203

Bila anak buah kau dah lama takde pendidikan jasmani kt padang #matipang

Monkeys Spinning Monkeys - Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Confident sebut 'pundi kencing', rupa-rupanya pundi kacang

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki sedang sakan bercerita tentang hari persekolahan kepada mak ciknya. 

Apa yang menarik perhatian adalah apabila dia bercerita kepada mak ciknya yang dia bermain 'pundi kencing' dengan rakan-rakan di sekolah. Dia dilihat siap menceritakan cara bermain dengan membaling 'pundi kencing' itu ke atas. 

Ibunya berkali-kali menanyakan sama ada permainan yang disebut itu betul atau tidak. Namun, dia tetap yakin bahawa dia bermain 'pundi kencing'. Rupa-rupanya permainan yang disebutkan tadi itu ialah pundi kacang. 

"Ya Allah kacang dik kacang, kalau kencing hilang masa depan" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 884K tontonan, 71K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan budak itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ah risau, tu pundi kacang lah dik, pundi kencing tu lain. Salute confident dia! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: