seismik

"Senang Nak Makan" - Beli Mask Online, Gadis Ini Dapat Yang Koyak Buatkan Ramai Terhibur

"Terkejut aku" - Netizen

Cover image via @iamaienstien (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Memakai mask sudah menjadi rutin harian apabila menjejakkan kaki ke luar rumah

Iyalah, dengan wabak Covid-19 yang masih merata tempat. Kita perlu sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Sekarang pelbagai face mask cantik dijual di pasaran yang boleh didapati dengan harga murah.

Baru-baru ini, tular video di TikTok apabila seorang gadis memakai face mask koyak dan membuat aksi mengejutkan itu telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Pakai face mask koyak nampak mulut persis donald duck

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki dan gadis sedang berada di sebuah pasar raya.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila gadis itu melihat kamera lalu membuka mulutnya. Situasi itu menjadi kelakar kerana face masknya dilihat koyak di bahagian tengah.

Dia juga memberitahu bahawa ada juga seorang budak kecil yang berada dalam stroller terkejut melihatnya.

"Jangan risau. Lepas kejadian, saya dah beli mask baru", katanya. 

"Hahaha tersembur kopi aku, sumpah tak expect" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.3M tontonan, 167K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terkejut dan terhibur dengan gelagatnya itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sumpah kelakar, tak sangka boleh jadi macam itu. Tapi tak apa, sis tetap nampak comel! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: