"Hari-Hari Buat Onar" - Tak Bayar Yuran Parking, Pemuda Berang Bila Guard Tak Bagi Masuk
Siap bawa tools nak cabut palang!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Jika hidup dalam kawasan kejiranan, kita perlulah sentiasa bertoleransi dan bertolak ansur
Iyalah, kawasan itu bukan milik kita, ia milik bersama penduduk yang lain. Tambahan lagi, jika rumah seperti apartment atau kondominum, sudah tentu utiliti yang sedia ada itu digunakan secara bersama.
Baru-baru ini, tular sebuah video di Facebook yang memaparkan seorang pemuda membuat 'onar' dengan pak cik guard hanya kerana pak cik guard meminta ID sebelum membenarkannya masuk telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dipercayai tak bayar yuran parking, selalu ikut laluan pelawat
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang bergaduh dengan pak cik guard yang sedang bertugas. Dia juga dilihat siap membawa alatan untuk mencabut palang yang terdapat di situ.
Menurut posting Hafiz Mansor, pemuda itu memang seringkali mencari masalah. Dia tinggal di perumahan tersebut tetapi enggan untuk membayar yuran.
"Bila guard minta ID dia tak mau bagi dan tekan hon panjang dan lama sampai jem jalan nak masuk. Boleh dikatakan setiap hari macam ni kalau guard tak bagi masuk dan dia akan buat bising."
"Report polis pengurusan pernah buat sebelum ni tapi tak berkesan juga. Hari ni dia datang siap bawak tools nak buka palang dan nampak macam ada ugutan dekat guard", katanya.
"Pihak pengurusan patutnya kena bertegas" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.7K tanda suka, 638 komen dan 760 kongsi di Facebook, rata-rata netizen juga meluahkan rasa marah mereka.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:
Apa-apa pun, semua kena beringat hidup ni kena mudahkan urusan orang lain, bukan menganiaya orang :)