seismik

"Tunggu Air Mata Tumpah" - Kena Marah Ayah, Kembar Ternganga Ini Bikin Netizen Dekah

Kena marah pun comel!

Cover image via @hazrulahmad811(TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Memiliki anak pasti dapat menceriakan suasana di rumah bukan?

Tidak kisahlah anak sendiri ataupun anak buah. Budak kecil memang panjang akal dan pelbagai kerenah mereka. Kadangkala lucu, kadang juga merasa geram dengan kenakalan mereka. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila adik-beradik kembar ini dilihat tercengang sampai ke sudah ketika dimarahi ayahnya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video itu di bawah: 

Ternganga dari awal sampai habis semasa kena marah dengan ayah

Menerusi video berkenaan, kelihatan dua orang kembar sedang berdiri tegak tidak bergerak di dalam bilik mereka. 

Rupa-rupanya, mereka berdua dimarahi oleh ayah semasa itu. Kedua-duanya terlihat ternganga mendengar ayah mereka berleter. 

Seorang budak perempuan yang berada di depan kelihatan tunduk sambil menoleh kebelakang untuk melihat kembarnya sambil senyum tetapi dimarahi oleh ayahnya. 

Kembar yang dibelakang itu dilihat ternganga sampai ke sudah. Situasi lucu ini mengundang pelbagai reaksi netizen.

"Yang depan tu sempat gak toleh belakang siap senyum lagi" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 300K tontonan, 18K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat kembar itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Comelnya dua orang kembar ni, tunggu masa je tu nak nangis. Kesiannya lahai :'D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: