"Definisi Cermin Diri Sendiri Dulu" - Gelagat Pemuda Pegang Cermin Naik Motor Curi Tumpuan
Lenguh tangan dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dinafikan memang susah untuk pengguna motosikal membawa barangan banyak kerana kenderaan yang kecil
Sebab itu, mereka perlu memegang barangan yang dibeli semasa menunggang motosikal. Ia memang agak membahayakan tetapi itu saja cara yang ada. Mereka disarankan untuk membawa motosikal dengan perlahan supaya selamat.
Sama dengan video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila pemuda yang menunggang motosikal dilihat sambil membawa cermin itu telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bawa cermin menghadap diri sendiri sepanjang jalan
Menerusi video berkenaan, kelihatan dua orang pemuda sedang menunggang motosikal di sebuah jalan raya yang berada di Indonesia.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila lelaki yang membonceng motosikal itu dilihat memegang cermin yang baru dibeli. Situasi itu bertukar menjadi kelakar apabila cermin itu dihadapkan ke arahnya seolah-olah dia sedang mencermin diri sendiri.
Dia berbuat sedemikian kerana tidak mahu mengganggu penunggang motosikal untuk melihat jalan raya.
"Ingat kembar tadi, tengok betul-betul rupanya cermin" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 13M tontonan, 1M tanda suka dan 23K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat pemuda tersebut.
Malah, ramai juga mempersoalkan mengapa orang kedai tidak membalut cermin itu dengan kertas.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik di TikTok: