"Penat Masak" - Isteri Kecewa Suami Tak Jamah Bekal, Pilih Makan Mi Segera Pula
Sakit hati.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sudah menjadi kebiasaan untuk para isteri menggalas tugas memasak dalam rumah tangga bukan?
Walaupun masakan itu simple, sebagai suami perlulah bersyukur dan menghargai penat lelah si isteri. Perkara ini disebabkan memasak bukan suatu perkara yang mudah, perlu menyiapkan bahan, mengemas dapur dan sebagainya.
Namun, baru-baru ini tular video di TikTok apabila seorang isteri dilihat kecewa kerana suaminya tidak menjamah makanan yang dimasak telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pilih makan mi segera dan tak jamah makanan yang dibekalkan
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang membuka bekal yang berisi makanan di meja dapur.
Dia kelihatan menuju ke arah tong sampah untuk membuang makanan tersebut kerana tidak dijamah oleh suaminya. Suaminya malah memilih untuk makan mi segera berbanding makanan yang telah dimasaknya.
Sudah tentu, dia merasa kecewa. "Aku gigih masak buatkan bekal, sikit pun tak makan. Yang dipilih Maggie" katanya.
"Esok sis letak beras belum masak, ayam mentah dengan telur mentah, suruh dia masak" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.3M tontonan, 123K tanda suka dan 6K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: