Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Lagi Kes Amang Seksual Pelajar, Pembantu Guru Tahfiz Dipenjara 10 Tahun & Kena 30 Sebatan

Difahamkan, tertuduh sudah pun mengaku bersalah.

Cover image via Malaysia Gazette Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pembantu guru sebuah Madrasah Tahfiz di Mersing, Johor dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara dan 30 sebatan atas 15 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajarnya yang berusia 14 tahun

Menurut laporan Sinar Harian, kesemua pertuduhan tersebut dilakukan sejak tahun lalu. Tertuduh, Mohd Faizal Man, 45, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Hayda Faridzal Abu Hassan di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi.

Difahamkan, bapa tunggal itu didakwa melakukan perbuatan terbabit ke atas seorang remaja lelaki berusia 14 tahun selama dua bulan.

Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di bilik tidur dalam surau madrasah tahfiz berkenaan di Air Papan, Mersing bermula dari pertengahan Mei 2024 hingga 31 Oktober 2024.

Image via Sinar Harian

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

Pertuduhan tersebut dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat serta hukuman tambahan pemenjaraan maksimum lima tahun dan sebat minimum dua kali, jika sabit kesalahan.

Sebelum hukuman dijatuhkan, peguam Ikhwaan Zulkifli dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon hukuman penjara dan sebatan yang paling rendah atas alasan tertuduh sudah mengaku bersalah sekali gus menjimatkan masa dan kos semua pihak.

"Tertuduh sudah sedar dan insaf serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan ini lagi. Tertuduh ingin memohon maaf kepada mahkamah dan mangsa serta keluarga mangsa.

"Tertuduh seorang duda dan menanggung tiga anak berusia antara 11 hingga 16 tahun yang semuanya masih bersekolah. Tertuduh juga hanya berpendapatan RM1,600 sahaja sebulan," katanya.

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Khairuddin Khalid memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan individu.

"Hukuman adalah sebagai pengajaran dan tauladan kerana ini adalah satu kesalahan jenayah seksual membabitkan mangsa berusia 14 tahun dua bulan yang bersekolah di madrasah tahfiz," tegasnya.

Image via Sinar Harian

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak.

Tertuduh turut diperintahkan menjalani kaunseling pemulihan ketika tempoh penahanan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama setahun selepas selesai menjalani hukuman.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment