Lagu 'Bea Sobar Bea' Jadi Fenomena, Ini Maksud Disebalik Lagu Cinta Setandan Pisang
Lagu tersebut dinyanyikan dalam dialek Kelantan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Lagu bertajuk 'Cinta Setandan Pisang' menjadi fenomena baru-baru ini
Eda Ezrin dan Den Manjo menyanyikan lagu tersebut dalam dialek Kelantan. Lagu ini menjadi viral pada awal Syawal apabila ramai yang menjadikan lagu ini sebagai latar belakang lagu di dalam video TikTok ketika menghadap jam.
Susulan itu, ramai yang mengikuti trend tersebut. Korang tahu tak apa maksud sebenar lagu 'bea sobar bea' ini? Jom baca di bawah!
Image via KIJANG MUSIC
Maksud disebalik lirik lagu 'Cinta Setandan Pisang'
Bea sobar bea (Bang sabar bang)
Bea rilek bea (Bang rilek bang)
Jange jange wi jadi gegey ( Jangan jangan buat haru/bising)
Dik jange dik, (Dik jangan dik)
Jange wak lobey (Jangan buat nakal)
Jange ado jate lain (Jangan ada laki lain)
Hooo
Dik tulong dik, (Dik tolong dik)
Dik tulong dik (Dik tolong dik)
Jange wak hati abe sakit (Jangan buat hati abang sakit)
Bey sobar bey (Bang sabar bang)
Benda buleh wak bice (Benda boleh bawa bincang)
Di dale setande pise (Di dalam setandan pisang)
Bukenyo buruk belako (Bukannya semua buruk)
Begitulah jugo ore (Begitu juga dengan orang)
Silapnyo ado (Ada silapnya)
Nok lari dari buat silap (Nak lari daripada buat kesilapan)
Menikohlah cepat-cepat (Menikah cepat-cepat)
Baru tok tersaloh anggap (Baru tak tersalah anggap)
Abe pun harap (Abang pun harap)
Sekilas ikey di laut (Sekilas ikan di laut)
Tok kenal jate ko tino (Tak boleh beza jantan atau betina)
Beigtulah dale hidup (Begitulah dalam hidup)
Kito tok samo (Kita tak sama)
Seko meme abe tok seko (Sangka memang tak sangka)
Cempedak nok jadi nako (Cempedak nak jadi nangka)
Kerana cemburu uto (Kerana cemburu buta)
Denge tok sengajo (Dengan tak sengaja)
Chorus
Setajonyo mato keris (Setajamnya mata keris)
Tok setaje mato abe (Tak setajam mata abang)
Sebab tulah adik kasih (Sebab itulah adik kasih)
Adik saye (Adik sayang)
Kalaulah adik kato gitu (Kalaulah adik kata macam tu)
Abe pun setuju angin (Abang pun sangat setuju)
Raso serupo esok selalu (Rasanya esok terus)
Nok naik pelamin (Nak naik pelamin)
Chorus
Lihat video penuh itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment