"Laju Dik" - Mak Semangat Jadi Penyokong Tegar, Anak Menang Merentas Desa Ini Raih Tumpuan
Mak dia bersemangat betul!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pertandingan merentas desa akan diadakan sekali sepanjang setahun persekolahan
Murid-murid dan pelajar dikehendaki untuk berlari atau berjogging dalam acara merentas desa itu. Kebiasaannya, laluan merentas desa akan melibatkan kawasan perumahan atau perkampungan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang ibu memberi semangat kepada anaknya yang berlari telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Duduk bus stop sambil bagi semangat dekat anak bila lalu
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang ibu sedang menunggu anaknya dalam acara merentas desa di sebuah bus stop.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila si ibu dilihat memberi semangat yang berkobar-kobar kepada anaknya. Dia sambil menjerit "laju dik ibu simpan doh adik nombor owoh orh bijok adik". Anaknya itu dilihat terus pecut sampai ke depan.
Image via @farahdhila1234 (TikTok)
"Mak-mak kalau tengok anak bersukan gini lah gaya nya" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 300K tontonan, 42K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @farahdhila1234 (TikTok)
Image via @farahdhila1234 (TikTok)
Image via @farahdhila1234 (TikTok)
Image via @farahdhila1234 (TikTok)
Bagus betul mak dia ni, siap tunggu dekat bus stop untuk sokong anak dia! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment