seismik

"Punca Tersumbat" - Kakitangan DBKL Keluarkan Teddy Bear Besar Dari Longkang Di KL

Manusia tak bertamadun betul.

Cover image via Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Umum ketahui bahawa ibu kota Malaysia iaitu Kuala Lumpur dilanda banjir baru-baru ini

Perkara tersebut telah berlaku sebanyak 3 kali sepanjang tahun. Lantas, kejadian ini membimbangkan warga Kuala Lumpur kerana banyak rutin harian yang terjejas. 

Tular video di Facebook yang memaparkan kakitangan DBKL mengeluarkan sebuah anak patung besar dari longkang telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Patung teddy bear punca longkang tersumbat di Kuala Lumpur

Menerusi video berkenaan, kelihatan situasi banjir yang melanda Kuala Lumpur semalam. Beberapa orang kakitangan DBKL juga dilihat sedang meninjau kawasan itu. 

Apa yang menarik perhatian adalah apabila mereka menjumpai anak patung teddy bear besar di dalam longkang tersebut. Difahamkan, perkara itu menyebabkan longkang tersumbat dan tidak dapat mengalir. 

Image via googleapis.com

"Mana tak tersumbat longkang-longkang yang ada. Tu la puncanya. Adui" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 35K tontonan, 731 reactions dan 106 komen di Facebook, rata-rata netizen turut berang dengan perangai segelintir orang yang tidak bertanggungjawab. Malah ramai juga yang berterima kasih kepada pihak DBKL. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Harap-harap lepas ni semua lebih bertanggungjawab, jangan jadi manusia tidak bertamadun! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: