[VIDEO] Harga Lebih RM30K, Budak Tak Sengaja Pecahkan Patung Ini Raih Perhatian Netizen
Berderai jantung mak ayah dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Memiliki anak kecil sudah pasti perlu diberi perhatian yang lebih apabila berada di luar rumah
Iyalah, kadang kala tindakan anak-anak kecil berada di luar kawalan kerana mereka mudah teruja. Tambahan lagi, apabila ibu bapa membawa mereka ke kedai mainan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sebuah keluarga menghadapi kes luar biasa yang melibatkan kemalangan tidak diingini telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Anak cuai lalu menjatuhkan patung bernilai RM30K sehingga pecah
Menerusi video berkenaan, kelihatan gambar yang dipaparkan adalah kejadian dalam sebuah kedai mainan di Hong Kong.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila salah seorang budak kecil dilihat menyandar pada patung Teletubbies berkenaan dan menyebabkan patung itu jatuh dan pecah. Apabila disemak oleh staf kedai, patung itu berharga RM34,858.
Ibu dan ayahnya dilihat tercengang dan tidak tahu apa perlu dilakukan. Namun, ada juga yang menyatakan bahawa itu adalah cara licik peniaga supaya pelanggan terpedaya dan tertipu.
Menurut laporan, ibu kanak-kanak itu telah membayar ganti rugi kepada kedai tersebut yang bernilai HK$33,600 bersamaan dengan RM18,794.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Cara licik peniaga. Kalau tahu mahal patung tu, kenapa tak masukkan peti cermin khas" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 4M tontonan, 203K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut merasa simpati kepada keluarga tersebut. Malah, ramai yang memberikan pelbagai reaksi.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!