seismik

"Tanggung Dosa Orang" - Susah Nak Kikis, Wanita Bengang Ditipu Seller Inai Tak Sah Wuduk

Bahaya ni!

Cover image via @farhanazahra91 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Setiap wanita sudah tentu suka berhias dan mencantikkan diri

Perkara ini boleh menaikkan lagi keyakinan para wanita. Ada yang memang mempunyai rutin untuk membuat facial, manicure pedicure, spa dan macam-macam lagi. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang wanita berang kerana inai yang dipakainya tidak sah wuduk telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@farhanazahra91

Cuba kikis inai korang, jadi putih x? Lau jadi putih tu xsah la wuduk kan mengikut kata @ustazahasmaharun

original sound - Siscafellicia - yoora_sarah

Susah nak kikis sampai perlu ke pusat kecantikan untuk buat nail buffing

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang membuat nail buffing di pusat kecantikan. 

Dia juga sempat mengadu bahawa inai yang dipakainya susah nak tanggal sehingga perlu dikikis. Akibat daripada itu, kukunya menjadi warna putih. Wanita itu juga kesal apabila dia mendapati bahawa inainya itu tidak sah wuduk.

"Sebab tu tak suka pakai inai beli, baik ambil kat pokok inai buat sendiri" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 549K tontonan, 35K tanda suka dan 600 komen di TikTok, rata-rata netizen turut berang dan memberikan pelbagai reaksi. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Hati-hati girls kalau nak beli inai dekat luar sana tu, check dulu!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: