[VIDEO] Perunding Imej Caj RM6,999 Untuk Makeover Orang, Tapi Hasilnya Buat Netizen Berang
"Macam cikgu disiplin" - Netizen
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dinafikan, kita perlulah tampil lebih bergaya untuk meningkatkan lagi keyakinan apabila di luar
Namun begitu, ada juga dalam kalangan kita yang tidak pandai menggayakan diri dan berfesyen. Oleh sebab itu, wujudnya profesion perunding imej untuk membantu orang ramai di luar sana.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang perunding imej mengenakan caj yang melampau namun fesyennya dikatakan biasa telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kenakan caj RM6,999 tapi fesyennya hanya pakai kemeja dan seluar
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki yang merupakan pemilik chalet itu datang ke butik perunding imej berkenaan untuk berkonsultasi.
Dipercayai, pemilik chalet itu sering diejek fesyennya seperti seorang tukang kebun. Perunding imej berkenaan kelihatan memberikan pandangan tentang warna dan fesyen yang perlu digayakan. Mereka juga dilihat pergi ke kedai baju untuk membeli baju.
Pada akhir video, lelaki itu dilihat segak apabila mengenakan kemeja dan seluar. Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila perunding imej itu mengenakan caj sebanyak RM6,999.
"Kalau pergi mall, follow jelah apa yang display kat manequin. Kan dah handsome dah hmm" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang meraih sebanyak 453K tontonan, 10.3K retweets, 15K likes di Twitter, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan.
Ramai juga yang mengatakan fesyen itu sangat biasa dan kelihatan seperti orang kerja di pejabat. Namun begitu, ada juga yang mengatakan RM6,999 itu hanyalah harga asal. Harga selepas diskaun ialah RM199.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!