[VIDEO] Pernah Hilang Diambil Bunian, Perkongsian Gadis Ini Raih Perhatian Ramai
Pelik tapi benar!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dinafikan, makhluk 'ghaib' itu wujud di dalam dunia ini
Ada manusia yang dikurniakan anugerah untuk melihat makhluk ghaib tersebut. Ada juga yang tidak. Kita sering dengar tentang alam bunian bukan?
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang gadis berkongsi pengalamannya yang pernah hilang diambil bunian itu telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pernah hilang diambil bunian semasa dalam kandungan ibunya waktu kecil dulu
Menerusi video berkenaan, gadis itu berkongsi kisah yang dialami ibunya semasa dia berada dalam kandungan ibunya.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila gadis itu bercerita bahawa dia pernah hilang diambil bunian sewaktu dalam kandungan ibunya. Ibunya pada waktu itu mengikut keluarga pergi ke air terjun untuk bermandi-manda.
Namun, ibunya tidak mengikut bermandi dan hanya menunggu di tepi. Kemudian, perut ibunya merasa kesakitan dan dibawa ke hospital. Tiba saja di hospital, doktor sahkan bahawa anaknya sudah tiada.
Dalam jangka masa beberapa bulan, mujur doktor berniat untuk membuat pemeriksaan dan dengan tiba-tiba bayi itu masih ada dan mempunyai degupan jantung. Perkara itu sangat pelik dan pertama kalinya pernah berlaku di hospital.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Mak sepupu i mengalami benda yang sama. Dia preggy pergi scan tak nampak apa tapi perut besar, bila dah cukup bulan dia akan mimpi ada orang ambil anak baby" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.3M tontonan, 126K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut merasa seram. Malah, ramai juga yang berkongsi kisah mereka.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!