"Lain Macam" - Mak Bawakan Hadiah Rotan Untuk Anak Berikan Kepada Cikgu Sempena Hari Guru
Tapi budak sekarang pantang dirotan?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Hari Guru merupakan hari yang sering diraikan untuk mengenang jasa dan pengorbanan setiap guru
Semua peringkat sekolah akan menyambut Hari Guru itu dengan meriah. Para guru juga bergembira dan senang hati apabila anak-anak murid mereka mengenang jasa. Ada yang siap mendapat pelbagai hadiah daripada anak-anak murid.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang ibu membawakan hadiah rotan kepada anaknya untuk diberikan kepada cikgu telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Berikan hadiah unik iaitu rotan kepada setiap cikgu
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang anak murid keluar daripada dewan untuk berjumpa dengan ibunya.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila ibunya menghulurkan hadiah berbentuk rotan dan bunga untuk anaknya berikan kepada guru di sekolah. Perkara itu membuatkan ramai berkata ibunya sangat kreatif.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Dia pun takut nak bagi kat cikgu, takut makan tuannya nanti" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 260K tontonan, 21K tanda suka dan 190 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!