Puasa Bukan Setakat Tahan Lapar & Dahaga. Lakukan 7 Perkara Ini Untuk Ramadan Lebih Baik
Kan lebih bagus. :)
1. Pertama sekali, kena selami makna sebenar Ramadan
Image via vice.com
Ramadan bukan setakat bulan untuk menahan lapar dan dahaga pada siang hari. Ia lebih dari itu. Apa kata selami betul-betul makna sebenar Ramadan supaya dapat menghayati bulan yang mulia ini dengan lebih mendalam. Barulah lebih bersemangat nak beribadah dan mencari keredaan Ilahi sepanjang Ramadan.
Pro tip: Carilah ilmu dengan menghadiri kuliah atau ceramah agama sepanjang Ramadan. Tak rugi kalau belajar. :)
2. Sudah-sudahlah bergosip tu
Image via seruni.id
Sebulan tak bergosip boleh kan? Ya faham, godaan untuk bergosip tu memang tinggi sangat walaupun syaitan dah kena ikat pada bulan Ramadan. Tapi dah tiba masanya untuk letak titik noktah pada bergosip dan fokuskan tenaga kepada perkara yang lebih berfaedah. Banyak sangat gosip nanti sia-sia je pahala hilang.
Pro tip: Boleh cuba hindarkan diri daripada media sosial selama 30 hari. Mesti hidup akan rasa lain.
3. Sedekah jangan lupa!
Image via blogspot.com
Yang ini paling best. Sedekah RM10 kat tabung masjid pada bulan lain jauh sekali beza ganjarannya dengan sedekah RM10 pada bulan Ramadan. Di bulan mulia inilah kita perlu tingkatkan rasa syukur dan galakkan sikap memberi kepada yang memerlukan. Dapat pahala berganda-ganda tau!
Pro tip: Masukkan RM1 dalam tabung masjid/surau/bazar setiap hari pada bulan Ramadan. At least dapat juga pahala bersedekah hari-hari. ;)
4. Baca Al-Quran, 1 muka surat sehari pun dah cun!
Image via almukhlisin.my
Bulan Ramadan tanpa Al-Quran ibarat sungai yang kekeringan. Tak lengkap rasanya ibadah kalau tak sentuh Al-Quran langsung. Bukan nak banyak, dapat 1 muka surat sehari pun dah cantik, yang penting kena konsisten! Islam itu sendiri menganjurkan sifat istiqamah dalam melakukan sesuatu kebaikan. Tak gitu?
Pro tip: Untuk lancarkan bacaan, apa kata buka audio Al-Quran untuk dengar betul-betul cara bacaan yang tepat.
5. Jumpa balik kawan-kawan dan saudara-mara
Image via SAYS
Salah satu benda yang best masa bulan Ramadan ialah berbuka gathering! Kawan-kawan atau saudara-mara yang dah lama tak jumpa pun akan bertemu semula untuk berbuka bersama-sama sambil beramah mesra. Jangan tak tahu, eratkan silaturahim pun dapat pahala tau. Sebab tu kita kena jaga hubungan dengan setiap umat manusia di dunia.
Pro tip: Jangan tunggu sampai akhir Ramadan takut tak sempat. Buat gathering awal-awal lagi bagus.
6. Jangan fikir nak tidur je
Image via hipwee.com
Tak dinafikan, bulan Ramadan ni memang selalunya kita akan rasa ekstra mengantuk. Rasa macam nak tidur je sepanjang masa. Maklumlah, bila lapar dan dahaga, tenaga pun tak ada. Tapi tak boleh nak jadikan itu sebagai alasan untuk kita bermalas-malasan. Kerja tetap kerja dan amanah yang dipikul tak boleh dipersia. Okay?
Pro tip: Tidur awal dan bangun pun awal. Lebih baik jangan tidur selepas Subuh nanti badan jadi lesu.
7. Bersederhanalah dalam segala urusan
Image via wp.com
Inilah masa yang paling tepat untuk didik diri kita untuk bersederhana. Bukan bab makan je, tapi konsep ini turut merangkumi aspek kehidupan lain seperti tutur kata, budi bicara, pergaulan, perbelanjaan, dan macam-macam lagi. Pernah dengar quote orang putih yang berbunyi, "too much of anything is bad"? Haaa ini memang sama dengan konsep bersederhana yang perlu kita praktikkan.
Pro tip: Bersahur pun kena bersederhana jugak. Kalau makan terlalu banyak nanti jadi lagi malas dan cepat penat. Caranya? Bersahurlah dengan MILO with Whole Grain Cereal.
Image via MILO
MILO with Whole Grain Cereal memang ideal untuk mereka yang mahukan sahur yang segera lagi padat tanpa rasa bebanan sahur yang berat.
Selain itu, minuman ini juga dapat memastikan anda kekal kenyang untuk tempoh yang lebih lama dengan 25% lebih bijirin dan kandungan serat yang tinggi
Image via giphy.com
Sangat mudah bila ada MILO with Whole Grain Cereal di rumah. Jika dipadankan dengan buah kegemaran anda (pisang atau epal), sahur anda menjadi serba lengkap tanpa rasa berat dan terlalu kenyang sehingga kembung perut.
Barulah badan rasa selesa untuk menyempurnakan ibadah puasa dengan lebih baik sepanjang bulan Ramadan bersama seisi keluarga.
Layari laman web MILO untuk maklumat lebih lanjut tentang MILO with Whole Grain Cereal
Setiap kali Ramadan mesti excited!
Leave a comment