Lebih 2.6M Views Di TikTok, Video Wanita Ini Ajar Siang Ikan Curi Perhatian Ramai. Senang!
Mudah je rupanya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Zaman sekarang, semua benda boleh dilakukan dengan mudah dan cepat sekali
Contohnya membeli barang basah seperti ikan dan daging kerana mereka sudah siap siangnya dan memudahkan urusan memasak nanti.
Namun, percayakah anda masih ramai yang tidak tahu untuk menyiang ikan tidak kiralah lelaki atau wanita. Sebenarnya tidak susah mana pun mahu siang ikan ini jika kita tahu cara yang betul.
Seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita menunjukkan cara menyiang ikan mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ajar cara mudah untuk siang ikan dan banyak lagi bahan basah
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang memaparkan bagaimana caranya untuk menyiang ikan dengan mudah.
Dia kemudian mengambil gunting lalu mula untuk menyiang ikan menggunakannya. Ternyata cara yang ditunjukkan itu tidaklah begitu susah dan mudah untuk dilakukan.
Malah, bukan hanya video cara menyiang ikan saja yang dia lakukan tetapi banyak lagi cara membersih bahan basah lain di laman TikToknya itu.
Lihat antara salah satu video lain itu di bawah:
"Wah senang, thank you share. Selalu guna tangan je" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum melihat kepantasan menyiang ikan dan banyak lagi bahan basah lain.
Malah, ada juga yang berterima kasih kerana telah berkongsi video tersebut kerana telah memberi info berguna kepada mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.7M views, 244.8K likes dan 2,626 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @sumeiy (TikTok)
Image via @sumeiy (TikTok)
Image via @sumeiy (TikTok)
Image via @sumeiy (TikTok)
Tak sampai seminit pun dia siang ya. Cepat betul!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment