Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Lebih 4K Ulang Kicau, Lelaki Ini Kongsi ‘Step-By-Step’ Cara Pagar Rumah Agar Syaitan Lari

Kita jangan ambil mudah perkara ini jadi tolong take note ya.

Cover image via Twitter @jebat_165 Facebook

Umat Islam sering disarankan untuk memagar kawasan sekiranya memasuki rumah baru. Ini bertujuan mengelakkan daripada diganggu makhluk selain manusia.

Hanya kerana makhluk-makhluk ini tidak boleh dilihat dengan pandangan mata kasar tidak bermakna mereka ini tidak wujud. Sudah banyak kisah yang didengari mengenai rumah yang didiami oleh makhluk-makhluk ini, sudahnya menyebabkan kehidupan penghuni rumah tidak tenteram. 

Disebabkan itu jugalah, umat Islam sering mengadakan kenduri doa selamat di rumah baru ataupun memanggil ustaz untuk memagar rumah bagi mengelakkan perkara-perkara seperti ini berlaku. 

Kenduri bacaan doa selamat.

Image via Google

Tahukah anda bahawa tidak sukar pun jika ingin memagar sendiri kawasan rumah?

Lelaki dikenali sebagai Jebat_165 berkongsi di laman Twitter miliknya step-by-step cara untuk memagar rumah. Setakat artikel ini ditulis, perkongsiannya itu telah mendapat 4 ribu retweets dan 5.1 ribu likes

Baca perkongsian penuh di bawah:

Dia juga sempat menjelaskan kepentingan menggunakan air kolah masjid untuk membasuh rumah

Bagaimanapun, ada warganet yang berbeza pendapat dan berkongsi petikan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang amalan sebelum dan selepas memasuki rumah baru

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tiada amalan khusus yang diperintahkan syarak ketika memasuki rumah namun jika mengharapkan keselamatan dan perlindungan ALLAH SWT, maka dianjurkan untuk melakukan empat perkara iaitu membaca surah Al-Baqarah, menunaikan solat sunat keluar dan masuk rumah, Membaca bismillah, berzikir dan berdoa ketika membuka dan menutup pintu dan yang terakhir adalah memberi salam

Sebenarnya, memagar rumah ini bukanlah perkara yang dituntut dalam Islam. Jadi, terpulang kepada individu sama ada mahu melakukannya ataupun tidak tapi seelok-eloknya, buatlah ya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel ini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment