"Punca Buta" - Lelaki Hidap Masalah Penglihatan Selepas Sapu Ubat Kulit Ini Jadi Perhatian
Penggunaan ubat steroid perlu dikawal.
Tidak dinafikan, sesetengah orang mempunyai penyakit kulit kebanyakannya agak susah untuk sembuh
Sebagai contoh, penyakit kulit psoriasis ataupun ekzema. Kedua-dua penyakit tersebut memerlukan penjagaan yang teliti selain menjaga makan dan pemakaian sabun. Apabila gatal, sudah pasti ramai yang akan menyapu ubat pada kullit.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki menghidapi masalah penglihatan selepas pemakaian ubat sapu telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sapu ubat steroid berlebihan punca menjadi buta
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki merupakan pesakit kulit ekzema. Dia sering menggunakan ubat sapu steroid untuk mengawal gatal di badannya.
Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia dilihat mempunyai masalah penglihatan iaitu buta selepas penggunaan ubat sapu sekian lama. Dia tidak mampu melihat apa-apa sekarang.
Lihat posting itu di bawah:
"Sebenarnya, orang yang ada ekzema ini selain dapatkan nasihat doktor, eloklah jaga pemakanan, seeloknya ambil lah makanan yang organik, sabun-sabun pun. Jangan yang tinggi alcohol." - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 162K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @drwanshare (TikiTok)
Image via @drwanshare (TikiTok)
Image via @drwanshare (TikiTok)
Image via @drwanshare (TikiTok)
Bahayanya, jangan main beli ubat kulit je. Kena consult doktor dulu ya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment