Lelaki Ini Dedah Situasi Sebenar 'Pengalaman Kuarantin' Semasa Di MAEPS Serdang. Respect!
"Thank you sebab buka mata semua orang" - Warganet.
Umum sedia maklum bahawa Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) adalah pusat kuarantin utama bagi pesakit positif Covid-19
Berikutan peningkatan kes positif yang mendadak setiap hari membimbangkan ramai pihak. Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertindak untuk menempatkan pesakit-pesakit Covid-19 berisiko rendah di MAEPS bertujuan mengekang penularan wabak ini.
Namun, masih ramai yang tertanya-tanya bagaimana keadaan pesakit semasa dikuarantin di sana. Adakah menakutkan seperti apa yang digembar-gemburkan atau itu hanyalah spekulasi segelintir masyarakat?
Baru-baru ini tular seorang pengguna di laman sosial Twitter yang juga merupakan salah seorang daripada pesakit Covid-19 telah mendedahkan situasi sebenar dalam MAEPS dengan sisi yang berbeza.
"Here is a thread of Q&A on my Instagram about my quarantine experience in MAEPS, Serdang starting from 7th January 2021. Hope to spread some positivity and show the real situation," katanya.
Keadaan di pusat kuarantin tidaklah menakutkan seperti apa yang dikatakan orang ramai
Lelaki yang mesra dikenali sebagai Afifie Chan itu berkongsi beberapa video melalui storynya di Instagram dalam laman Twitter untuk mengubah persepsi masyarakat tentang keadaan di pusat kuarantin MAEPS.
Menurutnya, keadaan persekitaran dalam MAEPS sangat selesa dan bersih kerana sentiasa dijaga baik oleh petugas kesihatan daripada KKM. Selain itu, tandas di dalamnya juga bersih dan teratur serta cukup untuk digunakan oleh semua pesakit tanpa mereka perlu beratur.
Semua pesakit diberi makan sebanyak 3 kali sehari dan masing-masing bekerjasama untuk tolong frontliner agihkan makanan
"Alhamdulillah makan semua sedap. Patient pun tolong agihkan makanan, sebab petugas tak ramai and there are thousands of us. I love the spirit in here. We are in this together," katanya.
Menurut Afifie lagi, pusat kuarantin MAEPS lengkap dengan penghawa dingin dan senang cerita memang selesa dan tidak panas.
Frontliners sempoi melayan pesakit-pesakit untuk menceriakan keadaan di dalam pusat kuarantin
"Love teruk thread ni. Maze Runner tu paling epic!" - Warganet
Susulan tularnya ciapan Afifie yang sehingga kini meraih 38,200 retweets dan 31,400 likes, ribuan komen positif daripada warganet telah membanjiri Twitter.
Rata-rata mereka tertarik dengan informasi yang berguna dan berterima kasih kepada Afifie kerana telah membuka mata ramai orang tentang keadaan sebenar di dalam pusat kuarantin.
Malah, ramai yang menyokong untuk menyebarkan kebaikan kepada orang ramai yang selama ini menganggap situasi di MAEPS adalah menakutkan.
Antara komen menarik daripada warganet di Twitter:
Image via @AfifieChan (Twitter)
Image via @AfifieChan (Twitter)
Image via @AfifieChan (Twitter)
Image via @AfifieChan (Twitter)
Image via @AfifieChan (Twitter)
Image via @AfifieChan (Twitter)
Image via @AfifieChan (Twitter)
Image via @AfifieChan (Twitter)
Image via @AfifieChan (Twitter)
Image via @AfifieChan (Twitter)
Image via @AfifieChan (Twitter)
Image via @AfifieChan (Twitter)
Semoga perkongsian ini dapat mengubah persepsi masyarakat tentang keadaan di pusat kuarantin MAEPS. Get well soon kepada semua pesakit <3
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment