Lelaki Kesal Cik Tunang Asyik Mengelak Bila Cerita Pasal Kahwin - "Dah Bertunang 5 Tahun"
Lama tu lima tahun.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, fasa pertunangan memang banyak dugaannya
Setiap pasangan yang berniat untuk mendirikan rumah tangga perlu melalui fasa pertunangan dahulu untuk mengenali hati budi masing-masing sebelum mempunyai ikatan yang sah.
Tetapi, kata orang jangan bertunang lama-lama sebab risau salah seorang tidak boleh bertahan dengan pelbagai dugaan yang mendatang.
Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini memaparkan seorang lelaki kesal dengan pasangannya kerana sering mengelak bila dia membuka cerita tentang bila mereka akan berkahwin.
Image via MBride - WeddingMate
Dah tunang lima tahun, tapi asyik cakap belum bersedia untuk kahwin
Menerusi video yang dimuat naik oleh @mr_meraung di laman TikTok, kelihatan lelaki tersebut sedang memandu sambil bertanya beberapa soalan kepada pasangannya.
Menurutnya, mereka berdua telah mengikat tali pertunangan selama lima tahun dan masih belum berkahwin.
Apa yang membuatkan lelaki berkenaan sedih adalah setiap kali dia mengajak tunangnya untuk berkahwin, alasan yang sama saja diberikan iaitu dia belum bersedia.
Topik tersebut sering diakhiri dengan pergaduhan kerana mereka seolah-olah tidak sefahaman.
"Sampai bila nak macam ni, dah tunang 5 tahun tapi bila discuss nak kahwin mesti bergaduh. Orang lain nak cepat kahwin, dia? Hurmm," katanya.
Image via @mr_meraung (TikTok)
Lihat video di bawah:
Hmm. Apa pendapat korang?
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment