seismik

Jurugambar Serang Pereka Fesyen Didakwa Tak Puas Hati, Hutang RM20K Tak Dibayar Sejak 2019

Difahamkan, jurugambar berkenaan pernah membeli sebuah kereta berharga RM20,000 daripada pereka fesyen itu.

Cover image via @ofterkini_ (TikTok) & Kosmo!

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kecoh sejak semalam apabila pasangan pereka fesyen yang dikenali sebagai Razman Razmi diserang oleh seorang jurugambar di sebuah acara

Menerusi beberapa video yang tular di media sosial, kelihatan muka pereka fesyen itu berdarah akibat dihempuk jurugambar berkenaan.

Menurut laporan Kosmo!, Razman memberitahu bahawa jurugambar tersebut pernah membeli sebuah Suzuki Swift daripada Razmi dengan harga RM20,000. Namun, selepas hampir dua minggu dia mengadu terdapat kerosakan dan meninggalkan kereta tersebut di tepi jalan.

"Kami mengenali dia yang kami anggap seperti adik sudah bertahun-tahun. Sebab itu kami jual kereta tersebut dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran. Kami juga hantar kereta tersebut ke pusat servis dan cat baharu untuknya.

"Tetapi bila dia mula pakai kereta tersebut, saya lihat dia ‘henyak’ kereta tersebut naik bukit dan sebagainya. Kereta itu bukan Lamborghini. Kereta itu sudah berusia tujuh tahun.

"Dia telefon dan beritahu kereta tersebut rosak. Dia hanya meninggal kereta tersebut dengan meletakkan kunci di atas tayar. Kemudian saya yang uruskan proses ‘towing’ dan sebagainya. Apabila saya hidupkan enjin, rupanya kereta tersebut masih berfungsi.

"Selepas itu dia minta kami pulangkan semula RM20,000 secara tunai sedangkan dia juga membayar kereta tersebut secara ansuran kepada kami," katanya.

Kali terakhir jumpa pada bulan Disember lalu dan sempat membayar RM300

"Disebabkan pandemik, bisnes kami juga terkesan. Jadi ambil masa untuk bayar penuh. Tetapi saya ada bayar sedikit demi sedikit sehingga mencecah RM6,000.

"Kali terakhir saya jumpa dia pada Disember lalu di sebuah acara dan memberinya RM300. Saya kesihankan dia yang sedang dalam kesulitan dan cuba langsaikan baki bermula Januari hingga Jun tahun ini.

"Tetapi tak sangka semalam bila kami bertemu dia tiba-tiba menyerang saya dan Razmi sehingga cedera di bahagian muka. Ingatkan dia datang nak bersalam. Saya sampai pitam dan rebah. Luka di muka saya sepatutnya dijahit, tetapi doktor hanya meletakkan gam," katanya lagi.

Image via Kosmo!

Lihat video di bawah:

@ofterkini_

Duo pereka fesyen, Razman Razmi akui memang ada berhutang, tapi dah bayar sebahagian Baca artikel di bawah Pereka fesyen, Razman Razmi tak sangka diserang jurukamera yang sudah dianggap seperti adik disebabkan hutang berjumlah RM20,000 berkaitan penjualan kereta yang dilakukan sekitar tahun 2019. Memetik laporan dari Mstar, Razman, 53 menyatakan mereka tidak sangka dipukul oleh jurukamera tersebut dikhalayak ramai sedangkan mereka sudah lama saling mengenali. Difahamkan, pereka fesyen terbabit telah mengalami kecederaan di bahagian muka selepas diserang menggunakan lensa kamera pada satu acara di Petaling Jaya. Ujar mereka, tindakan yang dilakukan jurukamera terbabit berkemungkinan disebabkan isu pembelian kereta antara mereka yang berlaku beberapa tahun lalu. “Dia ada membeli kereta milik Razmi dan kemudian hanya menggunakanya dalam tempoh seminggu lebih sahaja. Katanya kereta itu rosak dan dia tinggalkan di tepi jalan. Dia minta kembali jumlah RM20,000 dari pembelian kereta itu,” ujarnya. Jelas Razman lagi, mereka mengaku bahawa masih belum menyelesaikan lagi hutang tersebut namun sudah membayar sekitar RM6,000 dari jumlah sebenar. Tambahnya, dia pernah meminta untuk membayar wang tersebut sedikit demi sedikit dan jurukamera terbabit boleh sahaja mencari mereka untuk meminta baki wang tersebut. “Benar jumlah tersebut masih belum kami selesaikan. Anggaran sehingga kini kami telah membayar dia dengan jumlah RM6,000. “Tetapi kami tidak pernah lari. Dia boleh sahaja cari kami dan minta duit. Malah sebelum ini jika dia minta kami akan bayar sedikit demi sedikit. Kami juga berikan wang apabila dia mengadu tentang masalah kewangan,” katanya. Dalam pada itu, dia memaklumkan jurukamera tersebut sudah dianggap sebagai adik dan tidak sangka dia tergamak melakukan hal sedemikian rupa. “Kami sudah lama kenal dia dan banyak beri peluang untuk dia bekerjasama dengan ramai selebriti. Dia seorang yang baik dan tak pernah tinggal solat. “Kami anggap dia seperti seorang adik. Kami bimbang kes ini akan beri kesan kepada perniagaannya “Saya pun tidak tahu kenapa dia boleh menyerang sebegitu. Memang rasa terkejut ketika kejadian dan saya tidak sedar apa yang berlaku selepas itu. “Sekarang ini saya serahkan semuanya kepada pihak polis. Kami akan teruskan dengan laporan yang telah dibuat. Kejadian itu saya anggap sebagai satu aniaya kerana dia sasarkan ke bahagian muka yang menyebabkan kesan jangka panjang,” jelasnya. Walau bagaimanapun, dia mengakui berasa kasihan dengan individu tersebut kerana bimbang akan menjejaskan kerjaya serta perniagaannya berikutan kejadian ini. Difahamkan, duo pereka fesyen tersebut telah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan dan jurukamera itu telah ditahan bagi membantu siasatan. Sumber: Mstar #razmanrazmi #razman #razmi #perekafesyen #dipukul

Danger - SoundAudio

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

More stories to read: