"Sangka Malaikat Rupanya Scammer" - Lelaki Kongsi Ditipu Lepas Dibawa Cium Hajarul Aswad
Ramai yang terpedaya dengan sindiket ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah posting yang menceritakan pengalaman lelaki kena scam di Mekah
Difahamkan ketika itu dia berusia 16 tahun sedang bertawaf bersendirian selepas Subuh. Kemudian, bahunya ditepuk oleh seorang lelaki warga Indonesia yang menawarkan bantuan supaya dapat menium Hajarul Aswad.
Dia mengikuti lelaki itu yang membuka laluan kepadanya sehinggakan dia berjaya mencium Hajarul Aswad.
Image via Berita Harian
Semasa dia selesai, lelaki itu meminta upah kepadanya
Pada awalnya, disangkakan bantuan daripada Malaikat, rupa-rupanya dia kena scam. Lelaki Indonesia itu meminta upah.
Disebabkan lelaki itu tidak membawa duit, dia meminta scammer mengikutinya ke bilik hotel untuk meminta wang kepada ayahnya.
Ayahnya itu hanya memberikan 5 Riyal (RM6.30) yang kemudian diberikan kepada scammer tersebut.
Lelaki ini turut mengingatkan memang ada kes 'scam' yang akan meminta upah selepas memberi 'bantuan' kepada jemaah haji. Amaun yang diminta juga tinggi sekitar RM200-300 Riyal (RM252-378).
Rata-rata netizen turut kongsi pengalaman mereka yang terkena dengan sindiket ini ketika melakukan umrah atau haji di sana.
Image via Sirap Limau
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment