seismik

AirAsia Tawar Lebih 22,000 Tempat Duduk 'Tambang Rendah' Sempena Raya Aidilfitri

Boleh balik kampung ke Sarawak dengan serendah RM298 je!

Cover image via AirAsia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap sempena sambutan Hari Raya Aidilditri

Mulai 5 hingga 17 April 2024, penumpang boleh terbang ke kampung halaman dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke Sarawak dengan serendah RM298* sehala.

Berikut merupakan senarai laluan penerbangan:
- Kuala Lumpur > Kuching
- Kuala Lumpur > Sibu
- Kuala Lumpur > Miri
- Johor Bahru > Kuching
- Johor Bahru > Sibu
- Johor Bahru > Miri

Selain itu, mereka juga boleh terbang ke Sabah dengan tambang tetap RM348* sehala.

Berikut merupakan senarai laluan penerbangan:
- Kuala Lumpur > Kota Kinabalu
- Kuala Lumpur > Sandakan
- Kuala Lumpur > Tawau
- Johor Bahru > Kota Kinabalu

*Tambang tetap promosi yang dinyatakan adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, caj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.

Tambang promosi boleh ditempah mulai hari ini hingga 17 April 2024 di laman web airasia.com dan aplikasi AirAsia MOVE, sebelum ini dikenali sebagai 'airasia Superapp'.

"Kerajaan terus berazam untuk memudahkan perjalanan udara bagi rakyat Malaysia dengan kadar tambang yang munasabah dan berpatutan" - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke

"Komitmen ini merupakan usaha kerjasama dengan pemain industri seperti AirAsia untuk memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia.

"Justeru, saya berbesar hati untuk menyokong inisiatif tambang tetap AirAsia untuk sambutan Hari Raya akan datang.

"Selain itu, pengumuman baru-baru ini mengenai kadar tambang maksimum RM599 untuk penerbangan kelas ekonomi sehala ke Sabah, Sarawak dan Labuan menjelang Hari Raya Aidilfitri merupakan langkah proaktif kami untuk memenuhi keperluan para pengembara selain menyokong inklusiviti dan tambang berpatutan.

"Kami berharap untuk terus kerjasama dengan semua pemain industri untuk membolehkan rakyat Malaysia balik kampung dengan selamat, lancar, dan berpatutan semasa musim perayaan.” katanya.

Image via AirAsia

Para tetamu digalakkan untuk mendaftar masuk secara kendiri menggunakan aplikasi AirAsia MOVE, yang tersedia seawal 14 hari sebelum tarikh perlepasan dan menggunakan pas masuk elektronik untuk menaiki penerbangan.

Para tetamu juga dinasihatkan untuk tiba sekurang-kurangnya dua jam sebelum waktu perlepasan bagi penerbangan domestik untuk melengkapkan semua proses perjalanan pada tempoh puncak ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: