seismik

Jangan Masukkan 4 Jenis Makanan Ini Ke Dalam Peti Sejuk, Bahaya!

Takut keracunan makanan.

Cover image via Kompass & Tokopedia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, menyimpan makanan di dalam peti sejuk telah menjadi satu perkara yang biasa dibuat

Salah satu sebab mengapa masukkan makanan ke dalam peti sejuk adalah supaya makanan tidak cepat basi atau rosak. 

Namun, sebenarnya ada sesetengah makanan yang tidak boleh disimpan dalam peti kerana boleh menghasilakn toksik. Ini akan menyebabkan kesihatan badan kita terjejas.

1. Bawang putih

Gambar sekadar hiasan.

Image via Tribun Jabar

Menurut Dr Jangda, bawang putih adalah bahan mentah yang selalu digunakan dalam masakan.

Namun, tahukan anda bawang putih boleh didatangi dengan kulat yang tumbuh dalam persekitaran gelap, lembap dan hangat jika disimpan dalam peti sejuk.

"Jangan beli bawang yang dah kupas dan simpan dalam peti sejuk, ia boleh berkulat dengan cepat" katanya.

Sebaiknya kupas bawang segar sebelum nak masak dan tak perlu masukkan dalam peti sejuk.

Menurut kajian Dr Jangda di Universiti Cornell di Amerika Syarikat, bawang putih mengandungi tahap keasidan yang rendah sekali gus menjadikannya terdedah kepada Clostridium Botulinum.

Clostridium Botulinum adalah sejenis mikroorganisma patogenik yang boleh menyebabkan demam dan kesakitan abdomen.

2. Bawang besar

Gambar sekadar hiasan.

Image via Tokopedia

Bawang besar merupakan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ketahanan suhu rendah. 

Jadi, jangan potong dan simpan bawang besar dalam peti sejuk. Kanji akan mula bertukar menjadi gula dan mula memerangkap kulapuk (kulat). 

Ramai yang suka menggunakan setengah dan setengah lagi dimasukkan ke dalam peti sejuk. Jangan berbuat demikian kerana ia akan mengumpul bakteria tidak sihat.

3. Halia

Gambar sekadar hiasan.

Image via Fizacrochet

Halia juga mempunyai sifat yang sama seperti bawang putih dana bawang merah.

"Ia mula memerangkap kulapuk dengan cepat apabila anda sejuk. Itu boleh dikaitkan dengan kegagalan buah pinggang dan hati jika disimpan dalam peti sejuk dengan tidak betul.

"Jadi, elak menyimpan halia segar dalam peti sejuk dan simpan di tempat kering untuk mengelak pertumbuhan kulat," katanya.

4. Nasi

Gambar sekadar hiasan.

Image via Maukerja

Ramai yang pernah menyimpan nasi dalam peti sejuk supaya dapat mengelak pembaziran.

Amalan menyimpan nasi yang sudah dimasak adalah perkara yang bahaya, kerana dia akan memerangkap kulat jika dibiarkan sejuk melebihi 24 jam.

Amaran sama dikeluarkan oleh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) mengenai nasi yang tidak dimasak berpotensi mengandungi spora Bicillus Cereus.

Ia adalah bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Spora itu boleh hidup apabila nasi masak.

Anda boleh simpan nasi dalam peti sejuk tidak lebih dari satu hari, dan jangan panaskan semula nasi lebih daripada sekali.

Ingat ya, lepas ni buang tabiat yang bahaya ni!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: