Lelaki Kongsi Insiden Berlanggar Dengan Rider Hantar Barang - "Ingatkan Nak Marah"
Nasib baik dua-dua selamat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pekerjaan sebagai penghantar makanan atau barangan ini sememangnya berisiko tinggi terutamanya bagi mereka yang menunggang motosikal
Tambahan pula jika cuaca hujan kerana jalan licin dan perlu lebih berhati-hati di jalan raya. Jika tidak, ia akan menyebabkan kemalangan atau insiden yang tidak diingini.
Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini apabila seorang lelaki berlanggar dengan rider Lalamove telah mendapat perhatian ramai.
Image via Afiq Hilmi (Facebook)
Image via Afiq Hilmi (Facebook)
Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan terjatuh dari motornya selepas berlanggar dengan rider tersebut di jalan berdekatan Bangsar.
Difahamkan, rider tersebut melihat telefon bimbit sambil menunggang motosikal dan masuk ke arah kiri tanpa menoleh ke tepi terlebih dahulu.
Pada mulanya, lelaki berkenaan membebel kerana motornya terseret ke bahu jalan. Tetapi, selepas dia mendapati rider tersebut sedang menghantar pesanan ke pelanggan, dia membuat keputusan untuk bertenang.
Malah, dia siap memberikan sedikit wang kepada rider tersebut kerana cermin kiri motornya dipercayai juga turut patah.
Lihat video penuh di bawah:
Mahal sikap brother ini tunjukkan, apa-apa pun hati-hati di jalan raya guys!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment