Lelaki Kongsi Momen Dijemput Datang Kenduri Tapi Kena Bayar Lauk & Air - "Nasi Je Free"
Aik? Boleh pula macam itu ya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kebiasaannya, kenduri kahwin menyediakan pelbagai hidangan untuk tetamu yang datang meraikan pasangan pengantin
Tambahan pula, zaman sekarang sudah ramai yang menjemput para peniaga untuk membuka stesen makanan di majlis kahwin seperti apam balik, laksa, cendol, kuih-muih dan banyak lagi untuk para tetamu.
Namun begitu, lain pula dengan sebuah video yang tular di laman TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki berkongsi pengalamannya hadir di kenduri yang menjual lauk serta minuman kepada tetamu.
Image via @sazalibinyaakob (TikTok)
Image via @sazalibinyaakob (TikTok)
Menerusi video yang dimuat naik oleh @sazalibinyaakob, kelihatan lelaki itu dan keluarganya hadir ke sebuah majlis kenduri yang dipercayai berlangsung di Thailand.
Apa yang mengundang bualan ramai adalah apabila mereka perlu membayar lauk dan minuman di kenduri itu sebelum menjamu hidangan. Manakala, nasi pula diberikan secara percuma oleh tuan rumah.
"First time dapat jemputan kenduri tapi lauk air minum kena bayar dulu," katanya.
Rupa-rupanya, itu bukan kenduri kahwin tetapi majlis untuk kutip sumbangan bina bangunan tahfiz
Susulan tularnya video tersebut, ramai yang membuat spekulasi dan memberikan pendapat mengenainya. Namun, tuan video ada menyatakan tujuan sebenar mereka membeli lauk dan minuman itu.
Image via @sazalibinyaakob (TikTok)
Image via @sazalibinyaakob (TikTok)
Lihat video itu di bawah:
Bukan kenduri kahwin lah guys, jangan judge dulu okay!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment