seismik

Pusat Beli-Belah Di Kelantan Dipuji Sebab Asingkan Kaunter Ikut Jantina - "Jaga Ikhtilat"

Wah, bagus juga buat macam ni.

Cover image via @yepponurul (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah pusat beli-belah di Kota Bharu, Kelantan mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna TikTok memuat naik sebuah situasi semasa di kaunter pembayaran

Menerusi klip berdurasi 22 saat yang dikongsi oleh @yepponurul, kelihatan wanita itu sedang berada di AEON Mall Kota Bharu.

Apa yang mencuri perhatiannya adalah apabila kaunter pembayaran di pusat beli-belah itu diasingkan mengikut jantina.

Papan tanda di atas kaunter itu menunjukkan 'lelaki' dan 'wanita'. Malah, ada juga kaunter yang dikhaskan untuk keluarga.

"AEON belah KL Selangor kurang menjaga ikhtilat sikit wak. Main bantai je memana cashier available sebab kau tu tak sabau nak beratur panjang. Kita raikan kelainan dan kebaikan ya," katanya.

"Ok je macam ni. Asalkan kaunter banyak bukak" - Netizen

Susulan tularnya video itu, rata-rata netizen turut memuji kelainan yang dibuat oleh AEON Mall Kota Bharu itu.

Lihat video itu di bawah:

@yepponurul

Aeon belah KL Selangor kurang menjaga ikhtilat sikek wak . Main bantai je memana cashier available sebab kau tu tak sabau nak beratur panjang. Kita raikan kelainan dan kebaikan ya

Dari planet lain - Sal Priadi

Bagus idea ni. Tak adalah beratur panjang sangat kalau dah asingkan ikut jantina kan?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: