Individu Pening Kemas Bilik Bersepah, Yang Duduk Perempuan Tapi Pengotor - "Nauzubillah!"
Tak faham kenapa dia simpan telur ayam busuk dalam bilik.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi videonya mengemas bilik tidur yang sangat kotor dan menjijikkan
Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh @niaempirewedding, kelihatan bilik tersebut seperti sudah lama ditinggalkan kerana keadaannya sangat bersepah, kotor dan berbau.
Namun, apa yang mengejutkan orang ramai adalah rupa-rupanya bilik itu berpenghuni dan ia diduduki oleh seorang anak dara.
Kelihatan banyak kain baju yang tidak dibasuh dilonggokkan di satu tempat. Malah, ada juga telur ayam yang sudah busuk diletakkan di atas katil.
"Kemas rumah puaka part 1. Rumah ni berpenghuni tau uolss bukan rumah tinggal. Aku ni bersabar je sepanjang mngemas bilik anak dara ni. Bayangkan, macam mana la dia tidur dengan katil bersepah, kotor, bau busuk, hamis, hancing macam ni. Dengan telur ayam, kain baju," katanya.
Namun begitu, difahamkan gadis itu bukanlah penyewa di bilik tersebut. Dia memang menetap di rumah berkenaan.
Susulan tularnya video itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ramai berkongsi pengalaman sama mereka berjumpa orang pengotor seperti gadis berkenaan
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!