Lelaki Dipercayai 'Tak Waras' Selamba Mandi Tanpa Seurat Benang Di KL Undang Bualan Ramai
Kalau tegur pun dia mana faham, hmm.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, sehingga kini masih ramai gelandangan dan orang kurang waras masih berlegar-legar di tengah Kuala Lumpur
Walaupun sudah terdapat pusat penempatan gelandangan yang disediakan oleh badan NGO, ada yang tidak mahu duduk di sana dan memilih untuk duduk di kaki lima bangunan dan berkeliaran sekitar bandar.
Namun, baru-baru ini tular pula sebuah rakaman seorang lelaki dipercayai tidak waras mandi di air terjun tanpa seurat benang mengundang bualan netizen.
Netizen dakwa mencemarkan pemandangan di Kuala Lumpur dan membahayakan orang awam
Menerusi video yang dikongsi oleh @MALAYSIAVIRALLL di laman X, kelihatan lelaki berkenaan sedang mandi sambil mencuci bajunya di air terjun itu.
Walaupun dia dipercayai tidak waras, ramai berpendapat kerajaan harus membuat sesuatu untuk menangani masalah ini.
"Sumpah semak dengan orang gila kat KL ni. Dengan orang gila nya dengan homeless dengan pendatang nya. Mencemarkan pemandangan KL dan membahayakan orang awam," kata @MALAYSIAVIRALLL.
Walau bagaimanapun, tinjauan di ruangan komen pula mendapati ada netizen yang memberikan pandangan lain terhadap isu tersebut.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!