Anak Diekori Lelaki Stranger, Wanita Minta Orang Ramai Guna Aplikasi Ini Untuk Keselamatan
Lagi-lagi sekarang banyak kes orang hilang. Sangat bahaya!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak kes jenayah dan ramai yang menjadi mangsa culik di negara kita
Oleh itu, ahli keluarga dan kawan rapatlah individu yang memainkan peranan untuk memastikan kita sentiasa berada dalam keadaan selamat di mana jua kita berada.
Baru-baru ini, seorang wanita mendedahkan pengalaman anak perempuannya berhadapan situasi bahaya ketika keluar seorang diri telah mencuri tumpuan ramai.
Menerusi video panjang itu, insiden terbabit dipercayai berlaku di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah yang terletak di Selangor.
Difahamkan, anaknya menyedari dirinya diekori seorang lelaki yang tidak dikenali ketika dia menghampiri keretanya.
"Anak saya perasan, dia mula jalan laju-laju pergi kereta dan lelaki tu pun ikut jalan laju dari belakang. Masa dia masuk kereta, orang yang tak dikenali tu berdiri berhampiran keretanya. Saya rasa dia dah sedia nak serang anak saya tapi anak saya sempat lock kereta," katanya.
Saran orang ramai download aplikasi Life360
Selepas berlakunya kejadian itu, dia meluahkan rasa bimbang dengan kejadian yang dialami oleh anaknya dan meminta anaknya untuk berjaga-jaga.
Dalam pada itu, wanita tersebut juga menyarankan orang ramai untuk muat turun aplikasi Life360 di telefon pintar masing-masing supaya mudah untuk tahu di mana lokasi ahli keluarga.
"Sekarang ni guys tak selamat dah. Dekat Malaysia ni macam-macam hal, macam-macam kes kita dengar orang hilang, kena bunuh.
"Jadi ibu bapa download lah aplikasi ini. You boleh tahu ahli keluarga dekat mana in real time. Kalau you buka aplikasi tu, you dah tahu anak dekat mana. Semua orang download aplikasi ini. Ini adalah untuk keselamatan kita semua," katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!