seismik

Remaja OKU 13 Tahun Lahirkan Bayi Angkara Dirogol Bapa Sendiri, Suspek Kini Ditahan Polis

Suspek merupakan seorang buruh berusia 45 tahun.

Cover image via Malaysia Gazette & Pixabay

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perbuatan keji seorang lelaki merogol anak kandungnya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) sehingga hamil akhirnya terbongkar apabila mangsa melahirkan bayi

Menurut laporan Sinar Harian, kanak-kanak itu melahirkan seorang bayi kira-kira jam 7 malam ketika dirawat di klinik dan segera dikejarkan ke Hospital Dungun.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, kejadian itu disedari selepas remaja berusia 13 tahun itu mengadu sakit pada bahagian perut dan dikejarkan ke klinik.

"Pada mulanya mangsa dibawa ke Klinik Ketengah Jaya selepas mengadu sakit perut, namun pihak klinik terkejut selepas mendapati mangsa sebenarnya hamil," katanya

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Pihak polis berjaya mengesan dan menahan suspek

"Suspek berusia 45 tahun merupakan seorang buruh telah ditahan bagi membantu siasatan. Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah diperkosa berulang kali oleh bapanya sejak berusia 12 tahun dan suspek juga memiliki rekod lampau berkaitan dadah," katanya lagi.

Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana jenayah rogol. Jika sabit kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun serta dikenakan hukuman sebatan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: