Malakat Mall Tawar Diskaun Sehingga 70% Sebelum Tutup Operasi 31 Julai Ini
Selepas empat tahun beroperasi, Malakat Mall umum bakal tutup secara rasmi tidak lama lagi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malakat Mall, Cyberjaya semalam (18 Julai) mengumumkan pusat beli-belah tersebut akan menutup operasinya pada 31 Julai 2024
Menerusi kenyataan rasmi di laman Facebook mereka, operasi syarikat akan diteruskan dalam skala yang lebih kecil.
"Sejak dibuka pada 13 Mac 2020, Malakat Mall telah diuji dengan PKP kerana pandemik Covid-19 hanya selepas hari ke-5 beroperasi. Dalam tempoh 4 tahun ini terutamanya selepas endemik terdapat banyak cabaran," katanya.
Sempena penutupan premis fizikal tidak lama lagi, mereka buat Penjualan Penutupan Malakat Mall dengan diskaun aset-aset sehingga 70% mulai hari Sabtu 20 Julai sehingga 31 Julai ini
"Selepas ini, perniagaan makanan & minuman (F&B) akan berpindah ke dalam bangunan Casa DeMadani yang akan diubah menjadi Restoran "RumahMakan" yang lebih sesuai dan selesa untuk warga Cyberjaya dan sekeliling menikmati menu istimewa tempatan dan luar negara.
"Unit peruncitan pula akan berpindah 100% kepada perniagaan secara atas talian bagi jualan pelbagai barangan seperti busana, aksesori, alat tulis, buku serta perhiasan di www.malakat.com. Manakala, kedai Malakat Grocer akan hanya dikekalkan operasi di Taman Kosas, Ampang," katanya lagi.
Malakat Mall tetap kekalkan imej pasar mesra muslim dan mesra usahawan, nekad untuk teruskan usaha dalam apa jua bentuk yang bersesuaian
Menurut pengasas Malakat Mall iaitu Coach Fadzil, mereka akan terus bina kekuatan perniagaan dan tidak berhenti di sini.
"Untuk anggota-anggota KoPPIM, kami masih komited untuk mendepani cabaran. Kami akan cuba membantu KoPPIM membeli saham ahli-ahli yang ingin menjual semula syer mereka walaupun proses ini akan mengambil masa yang lebih lama.
"KoPPIM tetap kekal sebagai Koperasi Strategik yang mana jika digembeleng kekuatannya secara betul akan berjaya menjadi pembina ekonomi Ummah," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!