seismik

Letak Kucing Di Tempat Tinggi & Dibiar Berpanas, Wanita Warga Asing Teruk Dihentam Netizen

Kesiannya tengok kucing-kucing tu kepanasan.

Cover image via @nurullainabdulhamid (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang seharusnya disayangi dan dibelai, bukan untuk didera serta dilayan dengan teruk

Namun, baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan tiga ekor kucing dibiar berpanas dan diletakkan di tempat tinggi di sebuah bangunan telah membuatkan ramai berang serta mengecam tuan kucing tersebut.

Menerusi perkongsian gambar dan video daripada @nurullainabdulhamid di Instagram, kelihatan kucing-kucing itu terpaksa berlindung di bawah meja kecil kerana tidak tahan dengan cuaca yang panas terik.

Apa yang membuatkan netizen sedih adalah apabila haiwan tersebut ternganga dan menjelir lidah akibat kepanasan melampau. Malah, tuannya meletakkan mereka di tempat tinggi dan sangat berbahaya.

Ekoran tularnya posting tersebut, netizen mengecam tindakan tuan kucing itu dan menggesa Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk melakukan sesuatu

Tidak lama selepas wanita itu menularkan kejadian tersebut, pihak bomba tiba di lokasi berkenaan. Difahamkan, bangunan itu merupakan hotel yang keadaannya seperti bilik sewa.

Tuan kepada kucing-kucing itu pula dikatakan seorang wanita warga asing. Tindakan pantas anggota bomba menyelamatkan kucing tersebut telah meraih pujian netizen kerana mereka sampai lebih kurang selepas 10 minit mendapat panggilan daripada wanita itu.

"Misi menyelamatkan sudah selesai, tinggal tugas pihak @dvsmalaysia_official sahaja supaya tindakan undang-undang diberikan kepada pemilik kucing-kucing ini. Kerana hal ini adalah hal yang sangat serius, apatah lagi jika ia terjadi kepada makhluk yang voiceless," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: