Tular Kereta Tesla Kena Conteng Sebab Parking Di Tempat Salah - "Park Properly Lah!"
Hmm, mungkin sebab dah selalu sangat kot?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, ramai terpaksa membiarkan kenderaan mereka diletakkan secara haram di tepi jalan ekoran ruang parkir yang limited
Begitupun, kadangkala perbuatan berkenaan menimbulkan gangguan kepada pengguna jalan raya yang lain disebabkan tindakan mereka itu.
Seperti yang terjadi baru-baru ini apabila seorang pengguna Facebook bernama Andre Teow menularkan gambar Tesla putih dengan perkataan "park properly lah!" diconteng pada bumbung depan kereta itu dengan dakwat biru.
Difahamkan, gambar itu dimuat naik dalam kumpulan Facebook Komuniti Mont Kiara, disertakan dengan kapsyen "Another awesome parker. Someone's fancy Tesla got marked by a hero. Seen opposite Qra this evening".
Susulan tularnya gambar Tesla putih itu, rata-rata warganet turut memberikan pendapat dan respon di ruangan komen.
"Owner tinggal dekat Mont Kiara, pakai kereta mahal tapi tak ada standard. Apa gunanya pada komuniti?
"Pemilik kereta juga harus bertanggungjawab sebab meletak kenderaan secara haram di tempat yang salah, yang boleh menyebabkan kesulitan lalu lintas," kata mereka.
Tak kisah pakai kereta apa pun, yang penting kena parking dekat tempat yang betul supaya tak menyusahkan orang lain.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!