Tular Video Rafidah Ibrahim Seru Penduduk Kampung Sungai Baru Jangan Pindah & Serah Tanah
Salute dengan semangat dia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim tampil memuat naik videonya menyeru semua penduduk di Kampung Sungai Baru supaya kekal menetap di kediaman masing-masing
Hal ini berikutan banyak pihak pemaju yang menawarkan pampasan bagi pewartaan pengambilan tanah kampung tersebut pada Jun tahun lalu.
Rafidah dilihat menaiki sebuah kenderaan four-by-four mengelilingi kawasan Kampung Sungai baru sambil melontarkan bantahan dengan menggunakan pembesar suara.
"Sekarang ni pemaju yang ceroboh tanah kita dan kita masih terlindung di bawah perundangan Malaysia.
"Jadi mohon semua untuk terus bersabar. Kita akan bawa semua yang terlibat ke muka pengadilan. Dah lah nak ambil tanah orang, penindasan lagi dekat penduduk. Ini masih lagi rumah kita.
"Dan kami orang Melayu di sini takkan jual tanah kami!," laungnya.
Difahamkan, Kampung Sungai Baru yang terletak berhadapan KLCC terbabit dengan projek pembangunan semula merangkumi kawasan kediaman flat dan teres seluas 3.6 hektar
Menurut Harian Metro, isu antara pemaju dan penduduk setempat ini tercetus sejak tahun 2020. Ada sebahagian penduduk sudah keluar dan tinggal di kediaman transit disediakan, manakala sebahagian lagi membantah.
"Sekarang, saya hanya mohon kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bantu kami, penduduk Kampung Sungai Baru yang masih tinggal di sini dan tidak menandatangani surat persetujuan dengan pemaju, mendapat pembelaan hak kami.
"Saya tidak bersetuju melepaskan harta milik keluarga ini kerana selama membesar di Kampung Sungai Baru, semuanya baik-baik saja di sini. Janganlah diganggu harta kami," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!