Pemenang Emas Olimpik Negara Bakal Terima Wang Tunai RM1 Juta & Pangsapuri Nilai RM1 Juta
Semoga Malaysia dapat banyak pingat emas!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Temasya Olimpik Paris 2024 akan berlangsung tidak lama lagi, iaitu pada 26 Julai ini
Semua wakil kontinjen sudah pastinya telah bersiap sedia untuk bersaing mendapatkan pingat emas demi mengharumkan nama negara masing-masing.
Tahun ini, pelbagai hadiah lumayan menanti atlet Malaysia yang berjaya memburu pingat emas. Top Residency dan Senheng New Retail Bhd (Senheng) menjadi syarikat korporat terbaru tampil menjanjikan habuan lumayan.
Menurut Harian Metro, antara habuan terbaharu yang dijanjikan ialah sebuah pangsapuri mewah di Setia Alam bernilai RM1 juta ditawarkan oleh Top Residency kepada mana-mana atlet yang berjaya memenangi emas pertama buat kontinjen negara di Paris.
Manakala, Senheng pula menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM1 juta kepada tiga pemain badminton negara, Aaron Chia, Soh Wooi Yik dan Chen Tang Jie jika mereka berjaya meraih pingat emas. Namun sekiranya ada lebih daripada satu pemenang, wang tunai berkenaan akan dikongsikan sama rata antara mereka.
Sebelum ini, Cherry Malaysia menawarkan habuan lumayan berupa sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Tiggo 8 Pro kepada atlet yang berjaya memenangi pingat emas, Omoda E5 untuk pemenang perak dan Tiggo 7 Pro bagi yang membawa pulang gangsa.
Di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM), pemenang emas Sukan Olimpik akan menerima RM1 juta, perak (RM300,000) dan gangsa (RM100,000).
Atlet turut menerima Skim Imbuhan Tetap Olimpik yang diberikan secara bulanan sepanjang hayat dengan pemenang emas diberikan RM5,000, perak RM3,000 dan gangsa bernilai RM2,000.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata pihaknya amat menghargai usaha sama antara kerajaan dengan pihak swasta yang turut memainkan peranan penting bagi memastikan kecemerlangan kontinjen negara di Paris nanti.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!