12 Orang Perompak Serang Pekebun Di Raub & Curi Durian Musang King Bernilai RM3,000
Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan lengan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sekumpulan perompak memecah masuk sebuah kebun di Raub, Pahang dan mencuri durian Musang King bernilai RM3,000
Menurut laporan Sin Chew Daily, kejadian tersebut berlaku pada Isnin, 15 Julai dan seorang lelaki dipercayai pekebun di situ mengalami kecederaan di bahagian kepala dan lengannya.
Menurut adik lelaki berkenaan, abangnya ternampak kumpulan perompak kira-kira 12 orang sebaik saja tiba di kebun tersebut, sebelum salah seorang daripada mereka menetak kepalanya dengan parang sebanyak empat kali.
Difahamkan, mangsa memberitahu pekebun lain di kawasan itu mengenai insiden tersebut pada malam Isnin melalui group WhatsApp
Seorang lagi pekebun di situ memberitahu dia nampak kumpulan perompak itu melarikan diri dari tempat kejadian selepas menyerang mangsa.
Kemudian, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan kecemasan.
Sementara itu, Pengerusi Save Musang King Alliance (SAMKA) iaitu Wilson Chang menggesa pihak polis mengambil tindakan segera bagi mengelakkan insiden sama terjadi lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!