Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Lelaki Kongsi Taktik Pengguna Jalan Raya 'Cilok' Lorong RFID Secara Percuma - "Hati-Hati"

Rupanya ramai eh guna taktik ni.

Cover image via Kosmo!

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, lorong Radio Frequency Identification (RFID) berfungsi untuk memudahkan pengguna jalan raya di plaza tol

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pemandu yang menyalah guna lorong tersebut untuk mendapat tol 'percuma' dengan cara scam pengguna jalan raya lain.

Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi pengalamannya berhadapan dengan situasi 'scam RFID' di laman Threads telah mendapat perhatian ramai.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Buat-buat kereta tersangkut konon tak lepas tol, rupa-rupanya nak scam kereta belakang

Menurutnya, pemandu kereta di hadapan tidak mengundur kenderaannya untuk sensor mengesan sekali lagi.

"Dia tak ada RFID sebab kalau baki tak cukup akan ada tulis 'baki tidak mencukupi' dekat skrin. Jika orang lain sudah panik untuk mengundur apabila RFID tak detect, tapi dia boleh tenang tunggu di hadapan palang," katanya.

Sebaliknya, pemandu terbabit bertindak menunggu kenderaan di belakang bergerak ke hadapan untuk 'cucuk' di belakang keretanya supaya sensor mengesan RFID kenderaan tersebut.

"Apabila kenderaan belakang masuk ke dalam lorong dan sensor mengesan RFID kenderaan tersebut, maka palang akan dibuka dan kenderaan hadapan memecut keluar.

"Kenderaan belakang pula tersangkut di lorong RFID kerana 'terbayar' untuk kenderaan hadapan," katanya lagi.

So, hati-hati siapa yang berada di lorong RFID tu. Jangan tertipu dengan taktik scammer ini tau!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment