Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Lelaki 'Parang' Lampu Isyarat Sebab Tak Puas Hati Berjaya Ditangkap Polis

Suspek sebelum ini dua rekod lampau kesalahan jenayah.

Cover image via X

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah video apabila seorang lelaki yang merosakkan beberapa lampu isyarat menggunakan parang

Bagaimanapun, suspek telah berjaya ditangkap polis di sebuah pondok berdekatan Pantai Seaview Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menerusi kenyataan di Facebook, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, pihaknya telah mengesan video tular berdurasi 33 saat kira-kira pukul 3.45 petang.

Menurutnya, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 2.15 petang di sebuah persimpangan lampu isyarat dari Kampung Arab, Shell Gate menghala ke Kampung Gelam.

Image via X

"Bertindak atas maklumat, pada pukul 4.45 petang, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson telah membuat tangkapan ke atas suspek di sebuah pondok berdekatan Pantai Seaview Port Dickson.

"Suspek berusia 39 tahun, tidak bekerja dan mempunyai dua rekod lampau kesalahan jenayah. Hasil ujian saringan air kencing suspek didapati negatif," katanya.

Tambahnya, polis turut merampas senjata, kenderaan dan pakaian yang digunakan suspek semasa kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata berbahaya (ABKLSB) 1958.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson untuk proses tahan reman.

Image via Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson (Facebook)

Image via Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson (Facebook)

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment