seismik

[VIDEO] Tak Buang Sampah Ke Dalam Tong, Individu Dalam CCTV Diminta Tampil Bayar Kompaun

Kebersihan perlu dijaga.

Cover image via Majlis Daerah Machang MDM (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Majlis Daerah Machang (MDM) sudah mengenal pasti individu yang melakukan kesalahan membuang sampah di luar tong di sebuah kawasan pembuangan sampah di daerah itu

Menerusi hantaran di Facebook Majlis Daerah Machang MDM, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, kesalahan itu dikesan menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang berhampiran tong berkenaan.

Di dalam video tersebut individu itu didapati melakukan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) MDM 5(2), Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap 2019 yang memperuntukkan hukuman kompaun sebanyak RM1,000.

"Pihak MDM menggesa individu-individu terbabit untuk tampil kepejabat bagi membuat bayaran tawaran kompaun yang dikenakan. Sekiranya gagal, pihak MDM akan mengambil tindakan tegas keatas kesalahan yang dilakukan dengan Kadar Kompaun Maksima bagi kesalahan terbabit.

"Dalam usaha menjaga kebersihan dan kesejahteraan, pihak MDM telah memasang kamera litar tertutup (CCTV) dibeberapa lokasi tapak tong sampah dan taman awam bagi memantau individu yang ingkar dan membuat kekotoran," katanya.

Malah, beliau menggesa semua penduduk agar membuang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: