seismik

Pelanggan Beritahu Tak Nampak Gerai, Peniaga Kuih Dakwa Kena Sihir - "Hari-Hari Tak Habis"

Ada pelanggan yang beritahu gerainya sudah lama ditutup dan tiada orang berniaga.

Cover image via @c_bongsu77 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Percaya atau tidak, zaman sekarang masih ramai yang mengamalkan ilmu hitam demi kepentingan sendiri

Malah, ada juga yang menggunakannya dek kerana dengki terhadap seseorang dan sebagainya. sebagai umat Islam, kita tahu ia adalah perkara syirik dan dilarang sama sekali. Perbuatan ini boleh memakan diri dan merosakkan hidup orang lain.

Terbaru, seorang peniaga gerai mendakwa dia telah disihir oleh seseorang selepas dia mendapati ada yang memberitahu gerainya 'ghaib'.

Kedai buka macam biasa, tapi ramai kata tutup

Menerusi perkongsian video di TikTok, kelihatan peniaga gerai bertanyakan sedang kepada saeorang pelanggan yang sering membeli kuih di gerainya.

Pelanggan itu memberitahu dia menyangka kedai tersebut sudah lama ditutup dan tiada orang berniaga.

Malah, dia memberitahu setiap kali melalui kawasan tersebut, gerai berkenaan kelihatan kosong dan tidak dibuka meskipun terdapat sepanduk di hadapan gerai.

Dengan nada kecewa, peniaga itu memberitahu dia bukanlah orang pertama berkata begitu, tetapi sudah ramai yang memberikan jawapan yang sama.

"Kami dah tiga bulan orang sihir kami sehingga pelanggan tak nampak gerai kami,” kata pemilik kedai dengan suara penuh kesal.

"Mereka semua ingat kedai ni dah tutup, padahal saya masih berniaga seperti biasa," katanya.

Difahamkan, peniaga gerai telah mendapatkan rawatan dan kini keadaan dilihat semakin pulih.

Lihat video di bawah:

@c_bongsu77 Kesian uii nak cr rezeki org yg hati hitam ni dok kacau…sesama niaga pulak tu…niaga je la x yah nak tgok org lain laku x laku rezeki masing2 … bukqn nya rezeki hang mai ke kami x dak nye…haiish Mcm mn la cara korang berfikir ye nak dengki2 ni #dengki #dengkimge#talamgedikkaktiee#talamgediksubangbestariu#smallbusinessa#bukanmaena#kuihtradisionalt#tepungtalamsubangbestaripp#jomsupportor #fyp Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs - Skittlegirl Sound

Dengki betul siapa yang sihir tu, nak cari rezeki pun kena macam ni :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: