Bukan Hanya Salah Guna Minyak Subsidi, Peniaga Kedai Didakwa Letak Tangkal Untuk Pelaris
Difahamkan, kebersihan kedai tersebut juga tidak dijaga dengan baik.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seperti umum mengetahui, kerajaan telah memberitahu pembelian minyak masak paket hanya boleh dibeli untuk kegunaan isi rumah
Malah, ia tidak boleh dibeli digunakan bagi tujuan komersial seperti pengusaha restoran. Namun, masih ada peniaga yang berdegil dan dalam diam mengambil kesempatan dengan inisiatif ini.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan pihak berkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Melaka telah menyerbu sebuah premis makanan.
Kantoi sorokkan minyak paket, dakwa siap ada gantung tangkal
Menerusi video di akaun TikTok @kpdnmelaka, pada awalnya pihak berkuasa hanya bertanyakan kepada seorang pekerja yang warga Rohingya mengenai minyak masak paket yang dijumpai dalam premis tersebut.
Namun, hasil daripada siasatan ke atas premis berkenaan telah menemui lebih banyak minyak masak paket yang telah disorokkan.
Bagaimanapun, pekerja terbabit menafikan kedai itu menggunakan minyak masak berkenaan. Dia juga dilihat cuba untuk 'menukar topik' apabila ditanya mengenai pemilik kedai.
Bukan itu saja, kedai tersebut didapati tidak menjaga kebersihan dengan baik apabila meletakkan bahan makanan ditempat yang tidak sesuai.
Malah, pihak berkuasa mendakwa telah menjumpai tangkal yang telah diletakkan di atas tiang kedai terbabit.
Operasi itu turut disertai Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan, Datuk Ngwe Hee Sem dan Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!