seismik

[VIDEO] Wanita Terharu Dapat 'Halalkan' Motosikal RXZ Berharga Sehingga RM140K

Wow harga dia!

Cover image via @kem4aaa._ (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap orang pasti mempunyai kereta atau motosikal idaman mereka masing-masing

Walaupun harganya mahal, tetapi tidak salah untuk berangan betul tak? Mana tahu suatu hari nanti punya rezeki.

Malah, ada juga yang lebih memilih untuk mendapatkan kenderaan yang 'rare' atau jarang ditemui untuk kepuasan diri.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang wanita sebak selepas memiliki sebuah motosikal RXZ.

Beli motosikal RXZ berharga RM140,000

Menerusi video di akaun @kem4aaa._, usahawan wanita yang dikenali sebagai Cikna dilihat telah membeli motosikal RXZ dengan harga RM140,000 daripada seorang pemilik lelaki.

Di dalam video berkenaan, lelaki itu telah menyerahkan sekeping dokumen kepada wanita tersebut selepas usahawan itu bersetuju untuk membelinya. Malah, dia dilihat sebak sebaik sahaja RXZ itu menjadi miliknya.

Sebelum ini, wanita tersebut telah membeli beberapa buah motosikal RXZ berharga puluhan ribu ringgit sebagai hadiah cabutan bertuah buat pembeli produknya. 

Lihat video di bawah:

@kem4aaa._ padu rxz 140k @Farhana Zahra @Tok Ayah @Pokjacks #fyp #rxz bunyi asal - kemaa bon

Padu tu harga dia sampai cecah ratusan ringgit!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: