seismik

Dikecam Sebab 'Dislike' Kuala Lumpur, Mat Salleh Tampil Jelaskan KL Dah Jadi Macam Amerika

Macam tu pula.

Cover image via X & Viator (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan Malaysia menjadi pilihan ramai pelancong untuk bercuti

Bukan saja menarik dari segi makanan, tetapi juga Malaysia kaya dengan pelbagai kaum dan bangsa.

Kebiasaannya, kita dapat lihat pelancong dari Eropah yang suka melancong ke negara kita. Malah, ada yang meluahkan rasa terpegun mereka sebaik saja berada di Malaysia.

Namun, baru-baru ini tular apabila pelancong barat memberi persepsi negatif terhadap Malaysia mencuri perhatian ramai.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Daily Travel Pill

Luah kenapa tidak suka pada Malaysia

Menerusi ciapan di laman X, sebuah akaun telah berkongsi perbualan di aplikasi Threads selepas pelancong barat yang memberikan pendapat negatif mereka mengenai Malaysia.

Di dalam aplikasi itu, pelancong berkenaan Negara yang tidak disukai adalah Kuala Lumpur. Selepas ditanya oleh seorang pengguna, pelancong itu kemudia menjawab kerana Kuala Lumpur seakan-akan bandar di Amerika Syarikat.

Ia kerana di Kuala Lumpur dapat dilihat banyak francais syarikat dari luar negara seperti Starbucks, McDonald's, Dunkin Donut dan lain-lain lagi yang lebih menguasai.

Malah, mereka mendakwa Kuala Lumpur seperti hilang identitinya dengan francais-francais tersebut.

Dia juga memberitahu tempat-tempat yang menunjukkan 'Malaysia yang sebenar' adalah seperti Terengganu, Melaka, Kedah, Pahang, Sarawak, Sabah, Penang, dan Georgetown.

Tempat-tempat ini baginya lebih menonjolkan sejarah, budaya, dan keindahan alam semula jadi Malaysia.

Image via X

Banyak lagi tempat menarik di Malaysia ni :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: