Tular Video Motosikal Bergerak Tanpa Penunggang, Pemandu Kereta Terkejut Lihat Dashcam
Dah lama baru perasan ya bang.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ketika di jalan raya, pengguna diingatkan sentiasa berhati-hati dalam pemanduan atau perjalanan mereka untuk keselamatan bersama
Terutama bagi penunggang motosikal kerana risikonya lebih tinggi berbanding kereta. Namun, pemandu kereta juga perlu berwaspada dengan kehadiran penunggang motosikal.
Hal ini kerana banyak kes berlaku melibatkan di antara kereta dan juga motosikal.
Tetapi, lain pula dengan video yang tular di laman X ini apabila seorang pemandu kereta meluahkan rasa hairannya telah mencuri tumpuan.
Terkejut bila lihat kembali dashcam kereta
Menerusi video tersebut, seorang lelaki memberitahu pada ketika itu dia sedang dalam perjalanan untuk ke Shah Alam melalui Lebuhraya Persekutuan.
Namun, tiba-tiba datang sebuah motosikal yang tiba-tiba melintas di tepinya membuatkan dia terkejut dan terus membunyikan hon.
Pada awalnya dia tidak menyedari tiada penunggang pada motosikal tersebut, tetapi dia tergerak hati untuk melihat kembali rakaman dashcam dan terkejut selepas melihat rupa-rupanya tiada penunggang pada motosikal tersebut.
"Aku drive dari KL menghala ke Shah Alam, di area Mentari Court, tiba tiba ada motosikal tanpa orang lalu depan aku. Aku hon. Petang ni aku baru free untuk tengok dashcam," tulisnya.
Difahamkan, penunggang motosikal tersebut telah terjatuh selepas dilanggar motosikal lain dari arah belakang. Namun, tidak dapat dipastikan bagaimana keadaan penunggang itu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!